- Email:
- Call:
- Share:
Event Location
28 Oct, 2023 From 9:00 AM to 1:00 PM Assyakirin Mosque, Singapore View MapEvent will be conducted in Malay
Fees
Free
Synopsis
Kehidupan ini tak selalunya indah.
Senang dan duka datang silih berganti. Sebagai hamba Allah, kita tidak terlepas dari menghadapi cabaran dan keperitan hidup sehingga membuatkan kita sering mengeluh dan bertanya, mengapa Allah s.w.t. menguji hambanya dengan ujian yang sedemikian rupa?
Bukankan Allah s.w.t. maha berkuasa serta bersifat dengan sifat-sifat yang baik seperti rahmah,
pemurah, mengasihani dan sebagainya? Namun apakah kita telah jelas tentang makna dan tujuan kehidupan? Apakah kita juga benar-benar faham erti kebahagiaan? Apakah kayu ukur yang kita gunakan dalam menilai kebahagiaan?
Modul ini akan membincangkan serta memberi perspektif kepada peserta tentang makna dan tujuan
kehidupan.
Modul ini juga akan memberikan penjelasan tentang konsep kesedihan serta penderitaan dalam kehidupan serta meneroka cara terbaik mengatasi cabaran-cabaran tersebut.
Details
28 & 29 Oktober 2023
Musolla Aras 4, Masjid Assyakirin
Murabbi: Ustazah Maria Mohd
Tiada bayaran